Empat Kaedah ENSUTOUCH Membantu Merawat Jeragat!

JERAGAT MERUPAKAN MASALAH UTAMA KULIT WANITA. 

Dan ianya biasanya datang dengan kulit kusam atau tona tidak sekata.

Sesetengah yang lain mungkin mengalami keadaan tompok hitam ibarat tanda lahir.

Kebiasaannya ianya boleh menganggu-gugat rasa keyakinan pada diri wanita itu sendiri.

Ensutouch adalah Inovasi terkini dalam bidang kosmetik. Ensutouch dihasilkan oleh sekumpulan saintis dari Sirim Berhad yang telah melakukan kajian hampir 2 tahun melalui kaedah ‘3D screening sel’

Ensutouch adalah kosmeseutikal pertama yang mengunakan enzim bromelin berasaskan daripada nanas yang dapat membantu menyelesaikan masalah jeragat, kulit kusam dan jerawat melalui kaedah rejuvinasi sel kulit tanpa mengunakan bahan kimia terlarang.



Jesteru, saya kongsikan bagaimana ENSUTOUCH Ini boleh bantu untuk merawat masalah jeragat?

(1) Merencatkan penghasilan melanin secara berlebihan di bawah kulit

Setiap dari kita mendapat warna tona kulit yang tersendiri daripada pigmen yang dikenali sebagai melanin. Sejenis sel dipanggil melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit kita yang akan menghasilkan melanin dan ianya dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari.
.
Makin banyak kulit kita terdedah kepada sinaran UV, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin. Ini kerana melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak. 

Tetapi, apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit kita yang akan mendapat lebih banyak pigmen melanin menjadikan sel kulit mudah berjeragat.

Cara paling berkesan untuk merawat jeragat adalah dengan menghalang jeragat itu dari terjadi. 

Enzim Bromelain yang terkandung di dalam Ensutouch telah terbukti boleh merencatkan proses melanocytes untuk menghasilkan melanin secara berlebihan, secara tak langsung menghalang pembentukan jeragat

(2) Memangkin penghasilan kolagen semulajadi dalam kulit

Jeragat lebih mudah terjadi apabila usia kita meningkat. Ianya disebabkan oleh keupayaan badan kita untuk merawat sel kulit telah berkurang.

Di lapisan kulit manusia terdapat kolagen yang membantu merawat tisu dan sel kulit yang rosak atau mati. Namun tahun demi tahun, badan kita yang semakin berusia tidak dapat lagi menghasilkan kolagen untuk merawat kulit di peringkat optimum. Oleh itu, jeragat lebih senang terjadi.

ENSUTOUCH Active Skin Repair Serum mampu meresap ke dalam fibroblast iaitu bahagian lapisan kulit paling dalam di mana kolagen dihasilkan. 

Di bahagian ini, enzim bromelain yang terdapat dalam ENSUTOUCH akan merangsang penghasilan kolagen secara semulajadi dalam kulit, secara tak langsung mengoptimumkan proses perawatan kulit

(3) Memudahkan proses penggantian kulit baru

Lapisan jeragat pada kulit lebih susah dikeluarkan apabila sel kulit mati tidak dibuang dengan baik kerana ini akan mengakibatkan sel kulit baru tidak naik ke bahagian atas.

ENSUTOUCH Facial Cleanser mampu membuang kulit mati dengan efektif (digest dead skin cell). 

Apabila kulit mati dan lapisan kulit berjeragat dapat dibuang dengan baik, proses rejuvenasi dan penggantian kulit baru akan menjadi lebih lancar.

ENSUTOUCH Sleeping Mask mampu mengoptimumkan proses rejuvenasi kulit. Proses rejuvenasi kulit paling optimum adalah pada pukul 1-3 pagi.

(4) Menguatkan perlindungan terhadap sinaran UV

Enzim bromelain lebih efektif berbanding vitamin C dan E bagi meningkatkan perlindungan kulit anda. 

Enzim bromelain juga melindungi dari bahaya sinaran UV oleh cahaya matahari dan sekaligus membantu mencerahkan kulit. Ini sekaligus memberi perlindungan kepada sel kulit anda dari punca utama jeragat di samping mencerahkan bintik hitam jeragat.

Yakinlah Ensutouch ini mampu untuk bantu anda atasi masalah jeragat dan dapatkan kulit yang lebih baik dan sihat berbanding sekarang.

Namun, harus diingatkan proses merawat jeragat ini memang mengambil masa. 

Kena hati-hati dengan produk yg didakwa boleh pudarkan jeragat dalam masa yang singkat sebab takut ada kesan penggelupasan dan melibatkan penggunaan bahan merbahaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *