Kesan Jeragat yang Ramai Orang Taknak Mengaku

Jeragat atau tompok2 hitam dimuka memang menghilangkan semangat. Lebih-lebih lagi jeragat yang bertompok besar dikawasan pipi dan dahi.

Bila jeragat mula timbul ramai yang cuba menutup dengan concealer atau bedak namun agak susah kerana sangat mudah hilang kerana minyak dan peluh. Ramai juga yang terpedaya dengan kosmetik-kosmetik murahan dengan gimik marketing melampau yang dapat menghilangkan/mencerahkan jeragat hanya dalam masa beberapa hari.

Hakikatnya, jeragat susah untuk dirawat dan memakan masa berminggu hingga berbulan untuk hilang. Rawatan jeragat juga harus bermula dari akar.

Adapun kosmetik yang Berjaya menampakkkan kulit muka yang “Flawless” dalam masa beberapa hari haruslah disiasat kesahihannya. Hakikat sebenar, kesan yang didapati dalam masa yang singkat adalah kebanyakannya merupakan dari penggunaan bahan kimia yang merbahaya seperti merkuri.

Bahan-bahan yang merbahaya ini menghakis hanya pada luaran kulit sahaja dan bukan merawat dari dalam.

Apabila ini berlaku, jeragat/sel kulit mati yag terhasil pada lapisan dalam kulit susah untuk dikeluarkan dan penggantian sel kulit baharu susah berlaku. Lapisan luar kulit yang terhakis juga akan menyebabkan iritasi pada kulit.

Apabila terhenti pemakaian kosmetik yang mengandungi bahan merbahaya, kulit muka akan menjadi terlalu sensitive, tidak boleh terkena matahari dan iritasi yang melampau. Hal ini akan menjurus kepada jeragat dengan tompokan yang lebih teruk, peggelupasan kulit muka dan sebagainya.

Oleh itu, kami menjemput para pembaca untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan kosmetik, siasat dahulu kesahihan bahan-bahan dan kelulusan yang dipaparkan. Jom Sihat & Cantik!!

17.
Apakah yang dimaksudkan dengan jeragat semulajadi?

Tahukah anda? Jeragat sebenarnya terdapat banyak jenis, namun di negara kita asalkan ada bintik atau tompok hitam semuanya dipanggil Jeragat. “Freckles” atau bintik-bintik hitam yang mula timbul pada muka seawal umur 6 tahun adalah Jeragat Semulajadi.

Jangan salah faham, kesemua jeragat terhasil secara semulajadi namun, kami ingin bahaskan tentang jeragat secara keturunan.

Jeragat yang mula zahir ketika sesorang masih muda adalah jeragat yang diwarisi secara genetic. Trait ini kebanyakannya dapat dilihat pada orang berkulit putih di benua eropah dan amerika. Namun ada juga yang mempunyai ciri-ciri ini di negara kita.

“Freckles’ ini dapat dikenalpasti melalui bentuknya seperti bintik-bintik yang lebih gelap berbanding warna kulit asal, kebanyakannya berada dibahagian pipi dan hidung dan sudah ada semenjak kecil lagi.

Jeragat ini tidak berbahaya namun, ada sesetengah kes dimana jika orang yang mempunyai jeragat seperti ini terdedah kepada matahari yang melampau dan berterusan akan mengakibatkan tompokan jeragat hitam yang lebih besar.

Kebanyakan orang Malaysia yang berusia 20 tahun keatas terutamanya wanita akan menghadapi kulit berjeragat jika tidak menjaga kulit dengan sebetulnya. Jeragat ini dipanggil Melasma dan akan muncul apabila keadaan dimana hormone tidak stabil seperti mengandung dan stress. Kebanyakan pakar kulit juga mempercayai sinaran uv juga menjadi punca jeragat terhasil.

Jeragat atau Melasma ini muncul secara semulajadi untuk melindungi kulit kita daripada sinaran uv yang melampau. Kebanyakan pakar kulit bersetuju, antara cara untuk mencegah jeragat adalah dengan memakai sunblock spf 30 keatas untuk menghalang sinaran uv dari menembusi dan merosakkan kulit.

Penjagaan secara berkala setiap hari amat penting untuk kesihatan kulit. Ingat tau, kulit muka kita adalah anugerah. Jangan sia-siakan. Jagan Lupa utk Like dan Follow Fb kami ya. Jom Sihat & Cantik!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *